comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan

Oleh: Fazli Ahmad

PEKAN: Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyior Manis, di sini jam 5:20 petang, hari ini.

Tanah perkuburan itu dipilih keluarga mangsa sebagai tempat pengebumian kerana berhampiran kampung kakak ipar Allahyarham.

Van membawa jenazah diiringi keluarga dan rakan Allahyarham tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis jam 4:55 petang.

Terdahulu, mayat mangsa ditemui di ladang sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Selangor kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu.

Allahyarham berasal dari Miri, Sarawak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak 10 Julai lalu.

Mayat mangsa ditemui selepas seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, berusia 26 tahun, bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim disyaki teman lelaki mangsa ditahan untuk membantu siasatan Isnin lalu.

Suspek yang berkhidmat sebagai anggota polis sejak lima tahun lalu kini direman hingga 22 Julai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini