comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Allahyarham Farah Kartini dijangka dibawa pulang ke Miri 

Mayat Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Foto Ihsan Polis

Oleh: Aslina Abu Bakar

SUNGAI BULOH: Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, difahamkan akan dibawa pulang ke kampug halamannya dekat Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak bagi proses pengebumian.

Bagaimanapun, keputusan akhir pengurusan jenazah belum dimuktamadkan ahli keluarganya, memandangkan mereka masih menunggu keputusan daripada ibu Allahyarham sendiri.

Difahamkan, keluarga sedang dalam proses mendapatkan tiket penerbangan ibunya ke Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga Allahyarham yang ditemui, Nor Amidah Mohd Ali, 36 dari Aman Puri, Kepong berkata, kali terakhir dia menghubungi Nur Farah Kartini pada 5 Jun lalu.

“Ketika itu dia memaklumkan kepada saya dia tercicir dompetnya, saya tanya hilang kat mana tapi tiada jawapan daripadanya,” katanya kepada Buletin TV3.

Menurutnya lagi, hubungan dia dengan Nur Farah Kartini sangat baik memandangkan mangsa adalah satu-satunya anak perempuan bongsu daripada 7 beradik dalam keluarganya.

“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga dia dan seorang yang sangat bertanggungjawab.

“Selepas tamat pengajian tahun lalu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung,” katanya yang turut terkejut dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini