comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan 

PUNCAK ALAM: Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah tiba di Masjid Puncak Alam kira-kira jam 5.40 petang tadi, disusuli solat jenazah yang diimamkan bapanya, Mokhtar Mahmood, 57.

Terdahulu, jenazah Allahyarham berusia 23 tahun dimandi dan dikafankan di Hospital Shah Alam (HSA), setelah proses bedah siasat dijalankan pada jam 11 pagi hingga 3 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat ke atas mayat Allahyarham diputuskan sebagai ‘Pending Laboratory Investigation’ (menunggu laporan lengkap makmal).

Menurutnya, tiada lain-lain kecederaan fizikal ditemui dan siasatan diteruskan sebagai mati mengejut.

Semalam, mayat penyanyi dan Youtubers berusia 23 tahun itu ditemui di Sungai Klang kira-kira jam 7.30 petang selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu ketika keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman Klang seorang diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini