comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Allahyarham Dr Syed Husin Ali selamat dikebumi

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Jenazah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Ali selamat dikebumikan pada jam 11.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.

Allahyarham meninggal dunia jam 12:20 tengah malam tadi, akibat kanser pankreas di Hospital Selayang.

Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa ke Masjid Kg. Tunku untuk disolatkan.

Solat jenazah diimamkan Ustaz Ahmad Saad dengan disertai jemaah yang hadir.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Anak Allahyarham Muhammad Ali berkata, bapanya didiagnosis menghidap kanser pankreas pada April lepas, namun keadaan kesihatan dan faktor usia yang hampir mencecah 88 tahun menyebabkan rawatan intensif tidak dapat dilakukan.

Allahyarham Dr Syed Husin pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia serta profesor di Universiti Malaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini