comscore
Tumpuan :
Nasional

Jemputan imam tarawih luar negara dilarang di seluruh masjid, surau Selangor

 

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menetapkan tidak membenarkan jemputan imam dari luar negara bagi solat tarawih di masjid dan surau seluruh negeri itu pada Ramadan ini.

 

Keputusan larangan tersebut yang telah ditetapkan MAIS sejak 2015 adalah bagi memberi laluan sepenuhnya kepada imam tempatan, para asatizah, graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan yang juga menguasai aspek Al-Quran yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan Fiqah sebagai imam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penglibatan anak tempatan dan pelajar keluaran sistem pendidikan Jais dalam pelbagai disiplin ilmu agama sebagai Imam Solat Tarawih.

“Ramadan dapat dijadikan sebahagian daripada medium latihan, pengukuhan, keyakinan dan outreach para huffaz bersama masyarakat.

“Ketetapan juga dibuat sebagai antara usaha menyediakan imam-imam pelapis untuk mengisi keperluan imam di masjid dan surau di negeri ini pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, keputusan itu juga dibuat bagi mengatasi wujudnya segelintir inidividu atau pihak yang menjadi perantara yang menawarkan Imam Solat Tarawih dari luar negara dengan kadar bayaran tertentu.

“Pada masa sama menyebabkan peminggiran imam sedia ada, imam tempatan dan para huffaz di Selangor.”

Selain kehadiran imam luar negara menimbulkan beberapa isu melibatkan perbezaan mazhab dalam pelaksanaan solat.

Loading...
Terkini