Tumpuan :
Nasional

Jemaah umrah lega, pihak pengurusan beri kerjasama memuaskan

 

Sajian makanan yang disediakan sebuah syarikat katering untuk jemaah umrah.

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Jemaah umrah yang mendakwa terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk membeli makanan selepas tiba di Tanah Suci melahirkan kesyukuran apabila nasib mereka mendapat perhatian sebuah syarikat katering yang bertapak di Mekah.

Salah seorang jemaah memaklumkan Buletin TV3 memberitahu, mereka dibantu menerusi hasil infak syarikat berkenaan.

“Alhamdulillah..bermula pagi ini, kami telah mendapat sarapan pagi dan akan mendapat makanan untuk tengah hari dan petang.

“Difahamkan makanan yang diberikan kepada kami merupakan hasil infak daripada dermawan yang tidak mahu dikenali,” katanya.

Selain itu, dia turut memaklumkan pihak pengurusan Hejira melalui kakitangannya di Mekah memberi kerjasama yang memuaskan sepanjang berada di sana.

Selain itu, difahamkan, pihak pengurusan agensi juga sedang berusaha membayar pampasan kepada jemaah yang telah mengeluarkan duit perbelanjaan sendiri.

“Sepanjang lima hari di Madinah, Alhamdulillah kami mendapat makanan dan servis dengan sempurna sebagaimana yang dijanjikan pihak Hejira sebelum berangkat ke sini.

“Kini kami berada di Mekah dan segalanya berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang dan kami juga dapat melakukan ibadah tanpa memikirkan perkara lain,” katanya lagi.

Semalam Buletin TV3 melaporkan sekumpulan jemaah umrah yang kini berada di Tanah Suci terpaksa mendahulukan duit perbelanjaan sendiri untuk membeli makanan susulan penahanan sepasang suami isteri pemilik agensi pelancongan yang disyaki terbabit dalam pakej penipuan umrah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini