Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
BESUT: Seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di surau ditemukan lemas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Gong Kempas.
Mayat mangsa, Mohd Shafiq Mohd Nasir, 36, ditemui oleh penduduk di dalam longkang yang dipenuhi air.
Menurut seorang penduduk, Nazim Abdul Ghani, mangsa setiap waktu solat berjemaah di surau kampung itu.
Namun pada waktu sembahyang Subuh pagi tadi, mangsa tidak muncul.
Nazim yang dalam perjalanan pulang dari surau melihat motosikal mangsa terbalik di tepi longkang besar dan mula mengesyaki sesuatu sebelum memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mencari mangsa.
“Dengan motor dekat tepi je dengan longkang, mungkin dia jatuh dalam longkang dan lemas sehingga dibawa arus air lebih kurang 40 meter,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.