Tumpuan :
Nasional

Jemaah Menteri doakan kesihatan Agong, ikuti perkembangan rawatan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, Putrajaya. – FOTO: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini dimulakan dengan seluruh Jemaah Menteri mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan dan perjalanan rawatan baginda.

“Seluruh Jemaah Menteri mendoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan, keafiatan dan selamat menerima rawatan perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet di sini hari ini.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menerima rawatan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan, perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini