Tumpuan :
Nasional

Jeli, Kuala Krai daerah terbaru dilanda banjir

Anggota penyelamat membawa mangsa banjir dari Kampung Chenulang, Kuala Krai ke PPS selepas kediaman mereka dilanda banjir. – Foto Ihsan APM

KOTA BHARU: Jeli dan Kuala Krai menjadi daerah terbaru dilanda banjir selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.

PPS di dua daerah berkenaan mula dibuka jam 8 malam selepas beberapa kampung dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS dibuka di Jeli membabitkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga, manakala di Kuala Krai membabitkan lima mangsa daripada dua keluarga dan dijangka mangsa akan terus bertambah susulan semakin banyak lokasi dilanda banjir.

Sehingga jam 8.50 malam ini, seramai 50 mangsa di tiga daerah termasuk Pasir Mas yang ditempatkan di empat PPS membabitkan 13 keluarga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini