Tumpuan :
Nasional

JBPM selamatkan kanak-kanak terjatuh dalam longkang, dihanyutkan arus deras

FOTO: JBPM

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Kajang Perdana, petang tadi.

Mangsa yang berusia 9 tahun dilaporkan telah hanyut di dalam longkang semasa cuba mengambil bola.

Menurut kenyataan Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.32 petang tadi.

 

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba Kajang bersama 9 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Mohd Salleh Mahran.

“Komander operasi melaporkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang telah hanyut di dalam longkang semasa mahu mengambil bola dan dibawa oleh arus deras.”

Mangsa berjaya diselamatkan sekitar jam 7.29 malam tadi dan mengalami cedera ringan.

Mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini