comscore
Tumpuan :
Nasional

JBPM selamatkan 38 mangsa terperangkap kepala air di Ulu Rening

Seramai 38 individu yang detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Ulu Rening, Batang Kali, malam ini. –  FOTO: NSTP/ Ihsan JBPM

HULU SELANGOR: Seramai 38 individu berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Ulu Rening, Batang Kali, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.04 malam.

Beliau berkata, sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kejadian membabitkan 38 penyewa ‘campsite’.

“Mangsa membabitkan 10 lelaki, 17 wanita, lapan kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, semua mangsa kini berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, air di tempat kejadian juga semakin surut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini