Tumpuan :
Nasional

JBPM bantu bawa turun 4 doktor terkandas di kawasan Air Terjun Radak

FOTO: JBPM

SRI AMAN: Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa hampir dua jam untuk membawa turun empat mangsa yang terkandas di kawasan Air Terjun Radak di sini pagi tadi.

Semua mangsa bekerja sebagai doktor mengalami kesukaran untuk turun selepas seorang daripada mereka cedera akibat terseliuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan bagi membawa rakan mereka yang cedera, sebelum menuju rumah panjang berhampiran yang terletak 1.5 kilometer dari kawasan air terjun.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 9.26 pagi.

“Pasukan mengambil masa hampir dua jam bagi membawa mangsa turun dari kawasan gunung sebelum menamatkan operasi jam 12 tengah hari,” katanya.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini