Tumpuan :
Nasional

JAWI sediakan khidmat pengurusan jenazah percuma untuk warga Wilayah Persekutuan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk, Dr Mohd Na’im Mokhtar.- Foto fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma untuk golongan asnaf, individu tidak berkemampuan, jenazah yang tidak dituntut atau tiada waris, serta saudara baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata keutamaan diberikan kepada penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

“JAWI melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah tanpa mengira latar belakang atau umur, sama ada jenazah berwaris, tidak berwaris, mualaf, atau kategori lain. Inisiatif ini menonjolkan peranan JAWI sebagai agensi kerajaan yang berkhidmat untuk ummah dan masyarakat di Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Na’im turut menegaskan komitmen JAWI dalam menjadi peneraju pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan, termasuk pengurusan jenazah, sejak penubuhannya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh menghubungi JAWI di talian 03-2274 9333, menghantar e-mel ke [email protected], atau melayari saluran media sosial JAWI.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini