comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jawatankuasa Peringkat Tertinggi tangani isu doktor kontrak

Oleh : Rusyaidi Hafiz Shahid

Kuala Lumpur : Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang berlarutan sejak sekian lama.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataannya memaklumkan, persetujuan itu dicapai Jemaah Menteri, semalam.

 

Jawatankuasa terbabit akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Mengenai desas-desus kemungkinan mogok oleh doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini, Dr. Zaliha menjelaskan Kementerian Kesihatan tiada maklumat lanjut mengenainya.

Beliau bagaimanapun berpendapat mogok bukan penyelesaian terbaik terhadap apa juga permasalahan yang timbul berkaitan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.

“Perkara ini perlu ditimbang dengan teliti kerana perkhidmatan kesihatan adalah perkhidmatan kritikal, membabitkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Kerajaan dari semasa ke semasa katanya memberi maklum balas terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan, antaranya mewujudkan perjawatan tetap, dan penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara ‘time-based’, peluang kenaikan ke gred khas dan mewujudkan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.

KKM tegasnya sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan ia diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

“Justeru, mogok bukan penyelesaian terbaik. Selaku penjawat awam, sama ada berjawatan tetap atau kontrak, mereka tertakluk kepada integriti penjawat awam dan Etika Perkhidmatan Awam,” katanya.

Loading...
Terkini