comscore
Tumpuan :
Nasional

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Diaktifkan Bagi Hadapi Monsun Timur Laut

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Putrajaya.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikannya di Putrajaya serta dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, menteri besar dan ketua menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) serta agensi terlibat

“Ini kerana JPBD mempunyai fungsi yang penting untuk melaksanakan kerja-keja menyelamat serta penyampaian bantuan di lokasi bencana manakala Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan JPBN menyelaras di peringkat pusat serta negeri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena mesyuarat itu.

Monsun Timur Laut kebiasaannya mengakibatkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar terutama di negeri-negeri pantai timur.

Menurut laporan kesiapsiagaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), fasa peralihan Monsun akan bermula pertengahan September sehingga November. MET Malaysia menjangkakan MTL 2022/2023 bermula pada November 2022 hingga Mac 2023.

Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember 2022, manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember 2022 hingga Januari 2023.

Loading...
Terkini