comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jasad pembantu juruterbang pesawat terhempas disemadikan

 

JOHOR BAHRU: Jasad pembantu juruterbang yang maut dalam nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang kelmarin selamat disemadikan di Krematorium Hindu Johor Bahru, tengah hari tadi.

Mayat Roshaan Singh Raina, 43, yang dibawa menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba di krematorium berkenaan jam 12.40 tengah hari untuk upacara pembakaran.

Kira-kira 100 ahli keluarga, saudara mara dan kenalan mendiang hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Usaha untuk menemuramah ahli keluarga mangsa bagaimanapun gagal kerana masih bersedih dengan tragedi berkenaan.

Terdahulu mayat mangsa dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang jam 3 petang semalam selepas proses bedah siasat selesai.

Mayat mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah keluarganya di Sunway Bukit Lenang, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata bedah siasat terhadap mangsa dan juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, mendapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan nahas pesawat.

Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat ringan model BK 160 Gabriel di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari kelmarin.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini