Tumpuan :
Nasional

JAS teruskan siasatan, lokasi kebakaran dikesan punyai kandungan pencemar yang tinggi

FOTO: Ihsan JAS Kedah

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Kedah meneruskan siasatan di sebahagian tapak tiga gudang kilang yang terbakar, di Bukit Selambau di sini.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mendapatkan sampel buangan elektrik dan elektronik, dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab meninjau pemantauan kualiti udara di sekitar lokasi kebakaran gudang di Bukit Selambau, Sungai Petani. – FOTO: Ihsan JAS Kedah

Tinjauan katanya mendapati kawasan yang terbakar masih lagi mempunyai kandungan pencemar yang agak tinggi dan memerlukan penggunaan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk memasuki kawasan ini.

“JAS telah membuat penerbangan dron bagi merakam keseluruhan visual kawasan terbabit dan mengesan sekiranya terdapat pencemaran yang berasal dari kawasan terlibat atau punca-punca pencemaran lain berhampiran.”

JAS menggunakan dron bagi meninjau dan merakam keseluruhan visual kawasan bagi mengesan sekiranya terdapat pencemaran. – FOTO: Ihsan JAS Kedah

“Pihak kami turut memasang dua alat pengukur kualiti udara iaitu Meter Cerex yang dapat mengesan dan mengukur sekitar 350 gas pencemar dan meter Grimm untuk mengukur habuk PM10 dan PM2.5,”katanya.

Secara keseluruhannya, kualiti udara “ambien” sekitar Bukit Selambau adalah terkawal.

FOTO: Ihsan JAS Kedah

Keadaan ini berikutan hujan yang beberapa kali turun selepas kejadian, juga membantu membersihkan udara yang tercemar.

Untuk rekod, gudang yang dipercayai menjalankan aktiviti pengasingan sekerap logam, dan peleburan logam itu mula terbakar sekitar 7.50 malam Ahad lalu.

FOTO: Ihsan JAS Kedah

Kesemua tiga gudang itu dipercayai menempatkan barangan seperti asid, bateri terpakai, sisa elektronik dan sekerap logam semasa kebakaran berlaku.

Kejadian kebakaran turut melibatkan letupan dan percikan menyerupai bunga api.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini