Tumpuan :
Nasional

JAS analisa sampel air di Kawasan Perindustrian Maju Jaya

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar Johor mengambil sampel air di sebatang parit kawasan Perindustrian Maju Jaya, Kempas dekat sini, untuk dianalisa.

Ini berikutan siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mendapati parit berkenaan tercemar dengan bahan buangan sisa industri.

Sebelum itu, 14 anggota bomba dan penyelamat dari balai Kempas dan Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 1.29 tengahari tadi.

Dalam satu kenyataan pusat gerakan operasi JBPM Johor berkata, siasatan awal mendapati ada takungan air dalam parit bersebelahan kilang yang mengeluarkan bau busuk.

Berikutan itu pegawai Jabatan Alam Sekitar dan anggota pasukan unit bahan berbahaya (Hazmat) diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar turut bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba Pasukan Hazmat telah membuat ‘detection’ serta mengambil sampel air untuk dianalisa bagi mengenal pasti bahan tercemar berkenaan.

Tambahnya siasatan awal pasukan Hazmat mendapati parit berkenaan tercemar dengan bahan buangan berjadual dipercayai Acrolein, Benzene, Carbon Dioxide, Methane dan Ethylene Oxide.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Dr Mohd Famey Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Loading...
Terkini