comscore
Tumpuan :
Nasional

Jaringan tunggal Lindelof bantu United tumbangkan Luton

Victor Lindelof muncul wira pasukan meraikan jaringan tunggal Man United selepas perlawanan, awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

LONDON: Walaupun menang tipis 1-0 ke atas Luton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi, skuad The Red Devils kembali di landasan kemenangan.

Ia bukan sahaja meredakan tekanan di kem United, malah membuatkan pengendali Manchester United, Erik ten Hag sedikit lega.

Sebelum aksi itu, Ten Hag nyata berada dalam situasi tertekan bagi memburu kemenangan selepas pasukannya tewas di tangan Copenhagen dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu lalu.

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag. –  FOTO: Reuters

Malah, dalam 10 aksi di laman sendiri musim ini, rekod United cukup buruk apabila tumbang lima perlawanan di depan penyokong sendiri dan dianggap permulaan terburuk dalam sejarah kelab itu sejak 1930.

“Ia hari yang baik. Kami memerlukan kemenangan dan memperolehinya, tetapi kami sepatutnya mengambil jalan lebih mudah dengan menjaringkan gol awal serta meledak gol kedua.

“Saya perlu memuji pasukan yang terus berusaha, kekal berdisiplin dan tidak memberikan ruang kepada lawan,” kata Ten Hag.

Jaringan tunggal perlawanan disumbangkan Victor Lindelof pada  minit 59 selepas menerima hantaran lintang Marcus Rashford.

Hasil kemenangan itu, United turut mengakhiri tiga kekalahan dalam empat aksi sebelum ini untuk menghuni tangga keenam liga setakat ini.

Loading...
Terkini