comscore
Tumpuan :
Nasional

Jari kanak-kanak tersepit mesin permainan telur

Anggota bomba membantu mengeluarkan jari kanak-kanak perempuan yang tersepit dalam mesin permainan telur di Pantai Remis, hari ini.-Foto: NSTP

MANJUNG: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit gara-gara jarinya tersepit ke dalam mesin permainan telur di kedai runcit di Kampung Pantai Remis, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.47 petang.

“Anggota bertindak mengeluarkan tangan kanan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di jari,” katanya memaklumkan operasi ditamatkan jam 7.13 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini