![](https://media.buletintv3.my/2023/04/VffcU1oP-TEMPLATE-CMS-PP-11.jpg)
KUCHING: Jerebu atau kabus tebal? Itulah fenomena yang sedang berlaku di beberapa jalan di bandar raya ini apabila jarak penglihatan dikatakan hanya kira-kira lima meter sehingga memberi kesan kepada pengguna yang melaluinya.
Seorang penunggang basikal yang ditemui di Jalan Matang FAC di sini dan hanya dikenali sebagai Nasir, terpaksa berpatah balik kerana jarak penglihatan sedemikian.
“Inilah kali pertama saya melihat keadaan sebegini di sini. Beberapa penunggang basikal lain juga terpaksa berpatah balik sebagai langkah keselamatan.
![](https://media.buletintv3.my/2023/04/UQjXGMsI-TEMPLATE-CMS-PP-12.jpg)
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) merekodkan beberapa kawasan termasuk di Sarawak dengan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.
Menurut jabatan berkenaan, antara kawasan tersebut di Semenanjung adalah Kubang Pasu di Kedah selain Tangkak, Johor dan Raub, Pahang.
Jelas MetMalaysia, status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan.