KOTA KINABALU: Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam Sabah (JaPHEIS) memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi di negeri ini.
Exco Agama Islam Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, walaupun belum menerima sebarang aduan atau laporan, jawatankuasa berkenaan akan membuat pemeriksaan teliti.
Katanya, hasil penelitian itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini pada awal Oktober sebelum membuat keputusan berhubung dengan organisasi berkenaan.
“Pejabat Mufti Sabah sebelum ini sudah menyenaraikan ajaran yang menyeleweng atau sesat di Sabah termasuklah syarikat sama yang dipercayai sebelum ini dikenali sebagai Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa’).
“Kita akan lihat sama ada Rufaqa’ ini sama dengan GISBH atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Kimanis (KTC) Petronas di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Arifin berkata, keputusan dan mesyuarat khas untuk perkara ini akan dibuat melalui jawatankuasa fatwa.
“Sekiranya nilainya sama, unsurnya sama (dengan Rufaqa’) kita akan putuskan (tindakan lanjut),” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- TERKINI | 19 individu termasuk pemimpin utama GISBH ditahan
- Anak lelaki pimpinan GISBH antara lima ditahan di Bukit Kayu Hitam
- Tiga ahli GISBH didakwa hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal
- Lima lelaki ada kaitan GISBH direman seminggu
- CEO GISBH, isteri dan anak antara 19 direman bantu siasatan