comscore
Tumpuan :
Nasional

Jantung Rohana Jalil bila-bila masa boleh berhenti – pengurus

Rohana kini diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan doktor memberikan lebih perhatian kepadanya

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68 yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu akibat kebocoran usus berada dalam keadaan lemah tetapi stabil.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun, Rohana kini diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa kebocoran usus dialami Rohana menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia, ” kata Jepun.

Tambahnya, Rohana kini diberikan antibiotik dan susu melalui tiup supaya dia ada sedikit tenaga.

Pada masa sama, beliau masih memerlukan bantuan oksigen kerana mengalami paru-paru berair.

Jepun memaklumkan, disebalik keadaan terkininya itu, Rohana masih boleh bercakap.

Ahli keluarga terutama suami dan anak-anak sentiasa berada disisinya.

Loading...
Terkini