Tumpuan :
Nasional

Jangan Terpedaya Panggilan Telefon Individu Guna Nama K-KOMM

PETALING JAYA  : Orang ramai diingarkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dalam kenyataan pada Rabu berkata orang ramai diminta untuk menyemak kesahihan dengan menghubungi talian rasmi K-KOMM di 03-89115351, 03-89115188, 03-89115258 atau 03-89115265

“Orang ramai juga diminta tidak memberi atau mendedahkan sebarang maklumat kepada pemanggil” katanya.

Menurutnya sebarang panggilan atau mesej yang disyaki menjurus kepada penipuan juga perlu dilaporkan terus kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) Response Center, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Loading...
Terkini