KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan penduduk di negara ini supaya tidak terlalu panik dan gusar berhadapan sekali lagi gelombang banjir.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, berdasarkan maklumat terkini luruan monsun akan berlaku dalam tempoh bermula 8 hingga 14 Disember ini adalah tidak sekuat berbanding sebelum ini.
“Berdasarkan maklumat terkini, luruan kali ini tidak sekuat yang sebelumnya. Hujan lebat diramal tidak sekuat seperti yang berlaku dalam episod terdahulu.
“MetMalaysia tidak menjangkakan luruan kali ini yang bawa hujan lebat akan jadi sangat lebat atau luar biasa daripada sebelum ini. Jadi rakyat tak perlu terlalu gusar. Cuma banjir mampu berlaku jika air bertakung,” katanya yang dipetik Harian Metro.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.