comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan mudah terpedaya tawaran pakej umrah terlalu murah – Na’im

Foto hiasan

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan sebarang iklan pakej umrah yang menawarkan kadar harga terlalu murah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menunaikan umrah perlu terlebih dahulu menyemak latar belakang agensi pilihan di platform yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Pengguna perlu lebih peka, kerana tawaran itu ada yang terlalu murah, RM4,000 misalnya, logiknya kadar itu tak mampu pun nak tampung kos tiket penerbangan, kos lojing, kos di Makkah, lawatan ke Madinah dan lain-lain kos sampingan sepanjang tempoh menunaikan umrah itu.

 

“Biarpun perihal ini di bawah bidang kuasa MOTAC, tapi saya sentiasa menasihati bagi tujuan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai berkaitan isu tipu umrah ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Akhir Akademi Daei Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) 2023, di sini malam tadi.

Na’im berkata demikian apabila ditanya mengenai satu video tular di aplikasi TikTok semalam yang membongkar penipuan sebuah syarikat menawarkan pakej umrah kepada penduduk di kawasan kampung.

Beliau pada masa sama menasihati mana-mana individu yang menjadi mangsa tipu syarikat mahupun agensi yang menawarkan pakej umrah agar menyimpan segala bukti transaksi dan perjanjian selain membuat laporan polis.

Peserta akhir Pertandingan Akhir Akademi Daei Muda Yadim 2023.

Dalam pada itu, Pertandingan Akhir Akademi Daei Muda Yadim 2023 yang melibatkan enam peserta menyaksikan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Khairul Aizat Yusoff, 23, diumumkan sebagai pemenang utama sekali gus menerima Anugerah Perdana Daie Muda.

Loading...
Terkini