Tumpuan :
Nasional

“Jangan malu jadi penjawat awam” – KSN

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika berucap di Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Taat Setia di Putrajaya. FOTO NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PUTRAJAYA: Penjawat awam di negara ini diseru agar terus berbangga dengan kerjaya mereka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, motivasi itu penting dalam memastikan mutu perkhidmatan di dalam pentadbiran kerajaan.

“Kalau kita (penjawat awam) tak bangga dengan pekerjaan kita macam mana kita nak berikan perkhidmatan yang terbaik?

“Kita harus bangga dengan perkhidmatan kita dan perlu ada sifat luhur dimana kita memuliakan perkhidmatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di sini, hari ini.

Mengulas mengenai soal integriti membabitkan penjawat awam, beliau berkata, ia hanya membabitkan jumlah yang kecil.

Bagaimanapun beliau yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan tugas dengan sebaiknya dalam membanteras gejala rasuah melibatkan penjawat awam.

Ujarnya, apa yang lebih penting adalah mewujudkan pendekatan dan pendidikan berhubung salah laku rasuah dalam kalangan penjawat awam.

“Yang penting adalah tindakan dan pendekatan. Soal pendidikan ini kita dah mulakan sejak sekolah lagi sehingga ke universiti bahawa rasuah ini benda kotor.

“Kadang-kadang mereka tak faham sebab tiadanya pendedahan,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini