Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Jangan khianati amanah dan pengorbanan warga polis terdahulu” – PM

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak lebih tegas dan berani menolak rasuah.

“Bila rasuah mula menjadi sistemik, ia akan menghakis seluruh sendi anggota kita, dan ia memerlukan kekuatan, keberanian, serta ketangkasan, keberanian sebenarnya dalam hari ini adalah keberanian untuk bertempur dlm bidang ini untuk selamatkan bangsa dan negara,” katanya ketika ucapan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217, di PULAPOL, hari ini.

Ujarnya lagi, warga PDRM perlu menerima hakikat amalan rasuah yang membelenggu sejak sekian lama perlu dibendung, lebih-lebih lagi masyarakat sekarang lebih kritis memantau tugas-tugas jabatan kerajaan.

“Badan kehakiman harus bebas dan berintegriti, penguatkuasaan harus lebih cekap dan bertindak secara professional, PDRM serta seluruh jenteranya agar lebih bertanggungjawab, ” katanya.

Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 yang dihadiri kira-kira 3000 warga PDRM diraikan secara sederhana, dengan acara berfokus di dalam dewan.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini