Tumpuan :
Nasional

Jangan cetus sebarang spekulasi

Kee (kiri) dikatakan adalah rakan kepada pelarian kewangan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low (kanan). FOTO NSTP.

KUALA LUMPUR: Pejabat peguam Valen, Oh and Partners meminta semua pihak tidak melayan sebarang khabar angin berhubung kematian Kee Kok Thiam, suspek utama dalam skandal kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pejabat peguam itu yang mendakwa mewakili Kee dan keluargannya dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Kee meninggal dunia pada Isnin lalu di sebuah hospital akibat serangan strok.

Valen, Oh and Partners dalam kenyataannya itu turut meminta agar keluarga Kee perlu diberikan ruang untuk mereka bersedih.

Kee dikatakan adalah rakan kepada pelarian kewangan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Kee dihantar pulang dari Macau selepas tempoh visa tamat.

Beliau kemudian telah ditangkap sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA2 awal bulan lalu.

Kee 56 tahun dilaporkan telah mendedahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Jho Low juga berada di Macau bersama beberapa rakan subahatnya dalam skandal 1MDB.

Antara mereka yang dimaksudkan ialah Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil.

Loading...
Terkini