Tumpuan :
Nasional

Jangan bimbang, ini cuma simulasi hari tentera

Pesawat Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) melakukan simulasi penerbangan rendah di ruang udara Segamat sebagai persediaan sambutan Hari Tentera Darat ke-91 pada 1 Mac nanti. FOTO: NSTP

SEGAMAT: Orang ramai di daerah ini diminta tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) melakukan penerbangan rendah.

Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata ia cuma simulasi Hari Tentera Darat (HTD) ke-91.

Antara aset Tentera Darat Malaysia (TDM) yang akan menyertai Hari Tentera Darat (HTD) ke-91 di Dataran Segamat pada 1 Mac nanti. FOTO: NSTP

Difahamkan, antara aset yang digunakan dalam latihan itu sejak kelmarin ialah helikopter Agusta dan aset-aset tempur udara pasukan itu.

Sementara itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan memaklumkan orang ramai dijemput memeriahkan sambutan HTD ke-91 di Dataran Segamat bermula Khamis ini.

FOTO: NSTP

Mengikut kenyataan itu, pelbagai pengisian menarik akan ditampilkan pada sambutan itu.

Antara program itu ialah pameran kerjaya dan aset TD, karnival jualan, pemeriksaan Kesihatan Percuma, persembahan buskers, program bersama veteran, persembahan tatu TD dan pertunjukan bunga api.

Di Masjid Bandar Segamat, pelbagai program keagamaan diadakan antaranya forum perdana, bacaan Yasin, tahlil dan khutbah solat Jumaat.

FOTO: NSTP

HTD ke-91 bertemakan “Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga” HTD.

“Karnival itu diadakan bertujuan meningkatkan hubungan baik TDM dengan masyarakat awam terutama di sekitar Johor dan negeri lainnya,” kata kenyataan itu.

Menurut TDM lagi, objektif utama karnival itu adalah memberi pendedahan mengenai tugas dan peranan TDM selain mempamerkan kepelbagaian aset serta kepakaran yang ada dalam pasukan TDM.

“Pelbagai aktiviti dan program menarik disusun untuk pengunjung seperti pameran, cabutan bertuah, demonstrasi, kerjaya perkhidmatan dan pemeriksaan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini