comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan adakan perarakan atau konvoi malam ini – Polis Kedah 

Foto NSTP

ALOR SETAR: Penyokong parti politik diingatkan agar tidak mengadakan sebarang aktiviti perarakan atau konvoi malam malam ini untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh berkata, perbuatan itu boleh mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, segala aktiviti yang nak dijalankan sama ada berhimpun ataupun berkonvoi ini perlu mendapatkan kebenaran atau pun memaklumkan kepada pihak polis di bawah perhimpunan aman.

“Perlu laporkan kepada polis lima hari sebelum tetapi oleh kerana sekarang di dalam tempoh pilihan raya ini mereka mesti lapor kepada kita 24 jam.

“Tetapi kami setakat ini saya ingin memberi tahu pihak yang berada di luar sana kalau lah untuk nak meraikan kemenangan, saya rasa kemenangan akan memihak kepada satu pihak dan berlaku adil lah.

“Jangan kita pergi kepada sesuatu yang boleh nanti mendatangkan kesesakan kepada pengguna-pengguna jalan raya lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Fisol berkata, anggota polis akan turut mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi dikenal pasti dan akan  menahan individu yang melakukan konvoi atau membawa bendera parti.

Beliau berkata, polis boleh bertindak menahan dan mengambil tindakan pihak terbabit melakukan kesalahan itu  di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan (Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-Undang).

Loading...
Terkini