Tumpuan :
Mahkamah

Jana Wibawa: Datuk Roy hadapi tiga tuduhan rasuah RM2.64 juta  

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Mohd Hussein Mohd Nasir atau lebih dikenali Datuk Roy yang berdepan tiga tuduhan  rasuah RM2.64 juta berhubung program Jana Wibawa tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini.

Pada 20 Mac lalu, Datuk Roy, 54 direman bagi membantu siasatan berhubung program Jana Wibawa, dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin, membenarkan lelaki itu dilepaskan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Datuk Roy ditahan ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini,  jam 3 petang, 13 Mac lalu.

Majistret Mahkamah Kuala Lumpur, Noorelynna Hanim Abd Halim, kemudian membenarkan lelaki itu direman tiga hari dan melepaskan suspek dengan jaminan SPRM, 16 Mac lalu.

Pada hari sama, dia ditahan semula sebelum Mahkamah Majistret Putrajaya menyambung reman empat hari lagi berakhir 20 Mac lalu.

Sebelum ini, lelaki itu diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM turut ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama, namun dibebaskan dengan jaminan.

Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana  kes rasuah.

Loading...
Terkini