comscore
Tumpuan :
Nasional

Jamu rakyat makan bukan pembaziran – PM

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

SUNGAI BULOH: “Untuk rakyat, bagi makan kepada rakyat, bukan pembaziran, bagi rakyat menjamu makanan, bukanlah satu pembaziran bagi saya” ujar Perdana Menteri menyangkal dakwaan penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri sebagai pembaziran.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keseluruhan kos penganjuran majlis berkenaan digunakan bagi menyantuni rakyat, selain amalan sama turut dibuat mana-mana parti-parti yang menerajui kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri.

Beliau yang juga Menteri Kewangan antara lain menyifatkan dakwaan demikian sebagai pandangan peribadi mana-mana pihak yang mungkin kurang bersetuju dengan penganjuran majlis berkenaan.

Ujar beliau lagi, jika penganjuran rumah terbuka itu dibuat atas kapasiti keluarga, ia wajar menggunakan dana sendiri tetapi ini adalah anjuran kerajaan untuk rakyat dan perbelanjaan lebih murah dilakukan di Alor Setar berbanding di Putrajaya.

Persiapan penganjuran Rumah Terbuka Madani yang akan bermula di Kedah juga menurut Perdana Menteri berada di tahap terbaik.

Selain Kedah, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri dijadual diadakan di Pulau Pinang pada 6 Mei, Negeri Sembilan 7 Mei, Kelantan 12 Mei, Terengganu 13 Mei dan Selangor 14 Mei.

Loading...
Terkini