comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jambatan ‘Battle Of Slim’ runtuh dipercayai akibat kejadian kepala air

Jambatan Slim Village runtuh dipercayai akibat kejadian kepala air di Sungai Slim dekat Slim Village lewat petang tadi. – FOTO: NSTP/ Ihsan APM

SLIM RIVER: Jambatan Slim Village yang terkenal dalam peristiwa ‘Battle of Slim’ dan mempunyai sejarah ketika zaman penjajahan British dan Jepun runtuh dipercayai akibat kejadian kepala air di Sungai Slim dekat Slim Village lewat petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten Shahrizal Hussin berkata, kejadian terbabit berlaku selepas hujan tanpa henti sejak awal petang tadi.

Katanya, berikutan kejadian terbabit menyebabkan Jalan Slim River-Behrang Hulu terpaksa ditutup dari semua jenis kenderaan kira-kira jam 8.00 malam tadi.

“Jambatan sepanjang kira-kira empat meter terbabit telah runtuh sepenuhnya dan tidak selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Hujan yang lebat juga menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Pasir, Ulu Slim dibuka pada malam ini, “katanya.

Shahrizal berkata, terdapat beberapa buah keluarga terjejas akibat kejadian banjir di kawasan kampung terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini