Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jambatan Bagan Datuk dirasmi, kini dikenali Jambatan Sultan Nazrin Shah

 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

BAGAN DATUK : Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan jambatan Bagan Datuk di sini hari ini.

Baginda juga berkenan jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer merentasi Sungai Perak itu dinamakan Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Keberangkatan Baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Turut berangkat Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris dan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Majlis dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak diikuti bacaan al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak.

Baginda kemudian berkenan berangkat menyaksikan pertunjukan air oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) di bahagian tengah jambatan tersebut.

Loading...
Terkini