Tumpuan :
Nasional

Jambatan Bagan Datuk dibuka bermula hari ini

Jambatan Bagan Datuk. Foto: Fail NSTP

Oleh : Rusyaidi Hafiz Shahid

BAGAN DATUK- Jambatan Bagan Datuk yang menghubungkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop dibuka hari ini.

Simbolik pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan pelepasan pasukan penunggang basikal dan motosikal berkuasa besar di jambatan tersebut jam 9.40 pagi tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan laluan baharu bas henti-henti Bas Ekspres MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) (Laluan Bagan Datuk) di pekarangan Masjid Tuminah Hamidi.

Sebelum ini dilaporkan, jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu yang menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu mengambil masa hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini.

Jambatan menyeberangi Sungai Perak itu dijangka dapat membantu merancakkan pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan.

Loading...
Terkini