comscore
Tumpuan :
Nasional

Jalan Utama Kuala Lumpur lancar

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini, menyaksikan pengurangan ketara jumlah kenderaan yang memasuki ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata keadaan sesak yang lazimnya dialami pada sebelah pagi tidak berlaku.

Katanya, aliran trafik sekitar jam 7 pagi dalam keadaan tenang dan lancar, manakala pengangkutan awam seperti bas dan rel beroperasi seperti biasa.

“Menghampiri jam 9 pagi, jalan masuk utama ke pusat bandar seperti Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abd Halim, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Razak mengalami sedikit peningkatan trafik, bagaimanapun masih lancar dibandingkan hari biasa.

“Anggota tugas kawalan masih berada di lokasi strategik bagi mengawal keadaan terutama di dalam pusat bandar apabila pusat beli belah dibuka jam 10 nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Loading...
Terkini