comscore
Tumpuan :
Nasional

Jalan utama ke Kg Teluk Rambong rosak, ditutup kepada semua kenderaan

BALING: Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong, di sini, ditutup semalam kepada semua kenderaan.

Berikutan penutupan jalan terjejas banjir itu, penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif dari Desa Keda Batu 8, yang terletak kira-kira satu kilometer dari petempatan mereka.

Banjir yang kerap melanda kampung itu sejak dua minggu lalu memusnahkan tiga jambatan besi dan dua rumah.

Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad dalam kenyataan di Facebook, menjelaskan jalan ke Teluk Rambong melalui jambatan ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan kerana rosak akibat banjir.

Penduduk, Mohd Naim Asri Baharom, 46, keadaan jambatan di jalan berkenaan juga tidak lagi stabil dan sedikit hakisan dikesan pada tebing di sungai terbabit.

“Arus deras banjir bawa kayu, lumpur, pasir dan batu turut menyebabkan jambatan terjejas. Di atas kelihatan seperti baik sahaja, tapi di bawah jambatan tak begitu selamat.

“Ketika ini banyak kenderaan keluar masuk termasuk sukarelawan, kita bimbang kejadian tidak diduga,” katanya.

Semalam, media melaporkan rumah Mohd Naim musnah dan menjadi laluan air sungai selepas beberapa kali dilanda banjir membawa lumpur, pasir dan kayu.

Pekerja kilang itu berkata, dia sangat sedih mengenangkan rumah pusaka musnah hingga tiada harapan lagi untuk tinggal di situ.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini