Tumpuan :
Nasional

Jalan Sungai Panjang tidak boleh dilalui kenderaan ringan akibat dinaiki air

Jalan Sungai Panjang di Sungai Besar tidak boleh dilalui kenderaan ringan berikutan dinaiki air setinggi 0.58 meter. – Foto ihsan FB JKR Sabak Bernam

SUNGAI BESAR: Jalan Sungai Panjang di sini tidak boleh dilalui kenderaan ringan berikutan dinaiki air setinggi 0.58 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabak Bernam dalam laman Facebook memaklumkan, sehingga jam 8 malam tadi pihaknya melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di laluan B44 itu.

“Pemantauan mendapati kenaikan air disebabkan limpahan dari sungai berhampiran. Oleh itu, jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.

Sehubungan itu, JKR Sabak Bernam memaklumkan terdapat dua laluan alternatif yang boleh digunakan pemandu.

Laluan itu adalah FELDA Soeharto – B33 Jalan Sungai Tengi – Bestari Jaya – Jalan Raja Musa Tanjung Karang – Sabak Bernam.

Manakala satu lagi laluan B44 Sungai Panjang – Felda Gedangsa – Behrang – Slim River – Ladang Bikam – Teluk Intan – Sabak Bernam.

Semalam, media melaporkan punca banjir di Jalan Sungai Panjang disebabkan hujan lebat selain limpahan air dari parit Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) yang berhampiran.

Loading...
Terkini