comscore
Tumpuan :
Nasional

Jalan sekitar pusat bandar KL ditutup berperingkat esok

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar pusat bandar akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penutupan dan lencongan sementara bermula 5 pagi sehingga 9.30 pagi itu bagi memberi laluan kepada acara larian ‘Fun Ride’ dan ‘Fun Run’.

“Antara jalan yang terbabit penutupan berperingkat adalah Jalan Sultan Ismail/Jalan Imbi; Jalan Pudu/susur ke Jalan Imbi; Jalan Dewan Bahasa/Jalan Bukit Petaling; Jalan Maharajalela/Jalan Hang Tuah; Jalan Sultan/Jalan Pudu dan Jalan Tun Sambanthan/Jambatan Jalan Sultan Sulaiman.

“Turut ditutup adalah Jalan Tun Perak/Leboh Ampang; Bulatan Dato Onn; Jalan Raja Laut; Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Raja Abdullah.

“Selain itu Jalan Dang Wangi; Jalan P Ramlee; Jalan Ampang (KLCC); Jalan Bukit Bintang; Jalan Imbi; Jalan Kia Peng serta Jalan Raja Chulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihati pemandu supaya mematuhi tanda jalan raya dan arahan pegawai polis yang bertugas.

Katanya, pemandu juga diingatkan untuk mendapatkan info terkini lalu lintas di kawasan berkenaan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini