comscore
Tumpuan :
Nasional

Jalan Dabong-Jeli yang runtuh siap sebelum Aidilfitri

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) meninjau kerja baik pulih jalan, runtuhan cerun dan pemasangan jambatan bailey di jalan utama Sungai Sam-Jeli, hari ini. – Foto: NSTP

JELI: Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan pembinaan jalan kekal laluan Dabong-Jeli yang runtuh pada Isnin lalu mengambil masa selama dua bulan dan akan disiapkan sebelum Aidilfitiri.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kos pembinaan jalan kekal yang rosak itu membabitkan RM700,000.

“Susulan jalan berkenaan runtuh Isnin lalu dan laluan itu dilalui kira-kira 10,000 kenderaan setiap hari, sebagai langkah sementara kini membina jambatan bailey.

“Jambatan bailey itu sedang dilakukan dan dijangka siap pada Rabu ini. Itu langkah sementara dan pada masa sama projek jalan kekal juga sedang dilaksanakan.

“Untuk jalan kekal, kita jangkakan ianya mengambil masa selama dua bulan dan akan disiapkan sebelum Aidilfitiri kerana laluan ini digunakan ramai penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat jalan Kampung Sungai Sam-Jeli di sini, hari ini.

turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin.

Media sebelum ini melaporkan, jalan utama Dabong-Jeli, di sini, runtuh dan ditutup kepada semua kenderaan menyebabkan laluan yang menghubungkan 20,000 penduduk tempatan terputus.

Runtuhan sepanjang lima meter berlaku pada jam 3.30 petang Isnin lalu disebabkan kegagalan sistem saliran selain kawasan terbabit dinaiki air akibat banjir.

| ARTIKEL BERKAITTAN

Loading...
Terkini