comscore
Tumpuan :
Nasional

Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat

Foto hiasan

SEREMBAN: Jalan Batang Melaka-Gemencheh di Tampin ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat pada paras hampir satu meter di kawasan itu berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin Fadhil Hassan berkata dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat 9 malam tadi.

“Laluan tersebut ditutup kira-kira 7.30 malam tadi, ia berbahaya untuk dilalui oleh kenderaan ketika ini. Punca banjir kilat ini disebabkan hujan lebat dan limpahan air sungai.

“Kita juga sedang memantau premis kedai dan kediaman yang terjejas susulan banjir ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gemas-Tampin dan Jalan Mantai-Air Kuning Selatan-Sungai Dua untuk ke destinasi masing-masing.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini