comscore
Tumpuan :
Nasional

JAKIM telah panggil Pengasas KK Mart semalam, beri amaran keras agar insiden tidak berulang 

 

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memanggil Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai pada 18 Mac lalu.

Menurut dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, pertemuan itu bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat terbabit selain menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“JAKIM sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan memandang serius terhadap isu ini kerana telah mengguris hati umat Islam. Ia bukan sahaja melibatkan sensitiviti keagamaan malahan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.

“Justeru, semalam 18 Mac 2024 JAKIM telah memanggil Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. KK Chai dan telah memberi amaran keras supaya perkara ini tidak berulang lagi,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Tambah Datuk Hakimah, pihak syarikat telah memberi penjelasan dan langkah-langkah agar insiden sama tidak berulang, selain mengkaji dan mengemas kini semula Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat.

Ketua Pengarah JAKIM, Datin Hakimah Mohd Yusoff

Pada masa sama, JAKIM juga mengingatkan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum.

Ia bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya di negara ini.

“Dalam masa yang sama semua pihak dinasihatkan untuk tidak membangkitkan isu-isu lama yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum) dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini