comscore
Tumpuan :
Nasional

JAKIM sahkan produk roti jenama Ikhwan tiada sijil halal

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk roti keluaran Global Ikhwan Utara tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam kenyataan memaklumkan produk itu tidak memiliki SPHM yang sah menerusi sistem Portal Halal Malaysia.

“Semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk tersebut tiada memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah,” ujar kenyataan itu.

Selain itu, JAKIM berkata pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap produk berkenaan.

“Dalam hal ini, JAKIM telah berhubung dgn Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera dan sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan.

“Perkara itu telah melanggar beberapa akta termasuk Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” tambah kenyataan itu.

Mengulas lanjut, JAKIM berkata Semua makanan dan barang tidak boleh disebut sebagai halal atau dianggap sesuai untuk orang Islam melainkan jika ia disahkan halal oleh pihak berkuasa yang sah dan ditandakan dengan logo halal yang ditetapkan.

Sebelum ini, tular di media sosial dalam kalangan warganet yang mempersoal kesahihan logo halal JAKIM pada produk roti berkenaan.

Loading...
Terkini