Tumpuan :
Nasional

JAKIM jemput orang ramai berbuka puasa bersama PM di Putrajaya esok

FOTO: Ihsan JAKIM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, menjemput orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), beliau berkata, majlis itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mulai 5.30 petang hingga 8 malam.

“Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu,” katanya.

Menurut beliau, majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk “Ramadan Pemacu Ummah Madani” serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini