comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] JAIS larang aktiviti politik dalam masjid, surau

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Pentadbir masjid dan surau di Selangor tidak dibenarkan sama sekali untuk membantu atau terlibat dalam apa jua aktiviti berfokus politik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad  turut meminta pihak berkenaan menghalang program melibatkan calon bertanding, aktivis politik, gambar-gambar tokoh parti serta slogan dan lambang parti.

Foto hiasan / NSTP

Malah, semua bentuk bahan kempen atau propaganda parti politik perlu dipastikan tidak berada di dalam premis bangunan atau dalam kawasan masjid atau surau.

“Ini memandangkan, terdapat kemungkinan akan berlakunya usaha dan ikhtiar daripada parti-parti politik untuk mengadakan aktiviti propaganda politik mereka seperti di masjid dan surau di Selangor”, jelasnya.

Pegawai dan jawatankuasa masjid serta surau di negeri itu juga telah diberi peringatan sama menerusi surat terdahulu.

Ketetapan itu juga selaras  arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengkehendaki masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada propaganda politik dan politik kepartian.

“Berdasarkan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Ngegeri Selangor) Tahun 2017, Pentadbiran Masjid dan Surau hendaklah membantu apa juga ketetapan yang dibuat MAIS” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebarang tindakan bersifat menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikai titah Sultan Selangor atau arahan MAIS boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (a)atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Pegawai masjid juga boleh dibatalkan pelantikannya oleh MAIS bedasarkan Peraturan 7 (f), Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

Loading...
Terkini