Tumpuan :
Nasional

Jabatan Penjara sahkan kejadian provokasi di Penjara Taiping

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara mengesahkan kejadian provokasi melibatkan prospek yang baru dipindahkan daripada Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Penjara menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa menjalankan tugas.

Jabatan Penjara juga memohon kerjasama orang awam agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih berkaitan kejadian tersebut bagi mengelak penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini