comscore
Tumpuan :
Nasional

Jabatan Penjara nafi Saifuddin ada kaitan dengan urusan tender pembekalan kain

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menafikan pembabitan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam urusan tender pembekalan kain bagi jabatan itu seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Dalam kenyataannya hari ini, memberitahu bahawa semua perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem e-perolehan bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tender kerajaan.

“Tender pembekalan kain ini juga tertakluk kepada peraturan kewangan ditetapkan dan semua syarikat dibawa ke Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pertimbangan melepasi tiga peringkat penilaian.

“Ia membabitkan peringkat Jawatankuasa Pembuka Tender, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan,” katanya.

Tambahnya Lembaga Perolehan KDN untuk tender itu bersidang hanya sekali sahaja iaitu pada 10 Julai lalu untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya.

“Oleh itu, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam urusan tender ini,” katanya.

Terdahulu, terdapat dakwaan kononnya syarikat yang gagal dari segi teknikal dan kewangan mendapat tender pembekalan kain di Jabatan Penjara Malaysia kerana menggunakan ‘kabel’ Saifuddin yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Loading...
Terkini