Tumpuan :
Nasional

Isytihar pakaian rupanya seludup daging babi sejuk beku

Daging beku dirampas MAQIS di KLIA Kargo, kelmarin.

SEPANG: Taktik licik agen penghantaran membawa masuk 100 kotak gabus hasilan haiwan daging babi sejuk beku dengan mengisytiharkan sebagai pakaian terbongkar apabila kegiatannya itu dihidu pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo selasa lalu.

Daging beku dirampas MAQIS di KLIA Kargo, kelmarin.

Daging yang diimport dari negara Vietnam itu dianggarkan bernilai RM 28,000 ditahan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor.

Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa MAQIS mendapati, sebanyak 3,475 kilogram hasilan haiwan yang dibawa masuk oleh syarikat tempatan itu gagal mengemukakan dokumen Permit Import yang sah dan Sijil Kesihatan daripada negara asal.

Daging beku dirampas MAQIS di KLIA Kargo, kelmarin.

“Sampel produk daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persampelan untuk mengenalpasti penyakit African Swine Fever (ASF).

Daging beku dirampas MAQIS di KLIA Kargo, kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.,” katanya.

Daging beku dirampas MAQIS di KLIA Kargo, kelmarin.

Tegasnya MAQIS mengambil perhatian larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan bagi menghalang risiko penularan wabak penyakit ASF ke negara ini sekali gus menjejaskan industri penternakan haiwan berkenaan.

Loading...
Terkini