Tumpuan :
Nasional

Isu TKI, KL tetap tangani dengan baik

FOTO: Facebook Anwar Ibrahim
PM dalam majlis ‘Temu Anwar’ di Jakarta malam tadi.

JAKARTA: Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia yang tidak mempunyai dokumen telah dihantar pulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun soal dokumen adalah hal yang serius, kerajaan Malaysia tetap menanganinya dengan baik, tanpa pendakwaan di mahkamah.

Artikel berkaitan: Sidang Kemuncak ASEAN bermula di Jakarta, fokus pertumbuhan ekonomi serantau

“Kalau yang sudah ditangkap, dikirim (dihantar) pulang, dan kita mempercepatkan proses itu,” katanya kepada media selepas Program Temu Anwar, di sini malam tadi.

Perdana Menteri berkata demikian selepas ditanya media tempatan mengenai proses kemajuan dalam menguruskan masalah TKI di Malaysia, susulan kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia pada Jun lalu.

FOTO: Facebook Anwar Ibrahim

Menyentuh mengenai isu Laut China Selatan yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN semalam, Anwar berkata: “Kita ada pendirian dan menegaskan supaya ASEAN ada pendirian yang sama untuk pertahankan hak kita dan berunding dengan baik dengan China.”

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Sidang Berkaitan memutuskan Filipina akan mempengerusikan ASEAN pada 2026 yang diambil alih dari Myanmar pada tahun berkenaan.

“Tahun depan Laos akan mempengerusikan ASEAN diikuti oleh Malaysia. Myanmar sepatutnya mengambil alih selepas itu, tetapi kami mencapai kata sepakat berikutan isu dalaman di Myanmar, kita mengambil keputusan digantikan dengan Filipina.

“Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr bersetuju. Ini adalah perkembangan yang positif,” katanya.

Loading...
Terkini